Thursday, March 18, 2010

Birunye laut



Pasirnya putih, air yang jernih mendorg diri kte untuk ke sana. Memiliki batu karang dan ikan yang hanya beberapa meter dari tepi pantai. Sungguh menyeronokkan. Apatah lg kte dapat melihat dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia 2. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar,Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang ini terletak di perairan Laut China Selatan. Ia merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.

Ingin mengetahui lebih lanjut sila layari:
www.redangisland.com/

0 comments:

Post a Comment

 
footer