Tuesday, March 30, 2010

Bagai Aur & Tebing

0 comments



Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.

Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor. Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). layari www.cuti.com.my

Sungguh Amannya Hari berlalu..

0 comments







"Island of PEACE"-PULAU AMAN merupakan perkampungan Melayu nelayan.
Pulau kecil ini terletak di Pulau Pinang. Terdapat tempat menarik di sana seperti Jalan Telaga Emas, Batu Perompak dan tempat bersejarah yg lain. Ia juga sesuai untuk pengunjung berkelah, memancing,water sport, jungle trekking dll.

Nak lebih lanjut-www.cuti.com.my

Mr.Crab

0 comments
SEDAPNYE...yummy
Kawasan perkampungan nelayan
Pelbagai makanan ada di sana

PULAU KETAM-sebuah pulau kecil terletak di Klang. Pulau ini adalah peluang terbaik untuk pengunjung menyaksikan dan mengalami kehidupan nelayan yang unik.

Apa yg menarik lg, pengunjung dapat menikmati makanan seafood segar seperti ketam, udang, ikan dan lain2 lg. SEDAPNYA..www.malaxi.com

Putihnya kapas

0 comments
Peta terletaknya PULAU KAPAS
CANTIK.....

PULAU KAPAS adalah sebuah pulau kecil Di Laut China Selatan. Pulau ni terletak di Marang Terengganu. "Pure white beaches"- trademark bg pulau ini kerana memiliki pasir putih lembut dan lereng lembut yang menuju ke air seperti crystal.

Pulau Kapas ini juga sangat POPULAR. Ini kerana aktiviti snorkeling di perairan sekitar pulau ini yang diminati ramai org dan pelancong luar. Dengan aktiviti ini kita dapat melihat coral, ikan2 berwarna dan hidupan laut lain di dasarnya yang memiliki air laut yg cetek dan tenang.

Jangan risau bukan sje aktiviti snorkeling yg ada tetapi banyak lg kawan2 bleh lakukan di sana maka taip keyboard www.kapas.com.my. Nikmatilah Keindahan Pulau d Negara Sendiri. Saat yg Pasti d Tunggu2..

'Stopover island'

0 comments

WOW bestnye..andailah dapat pergi ke sini. Alangkah indahnya..Tengok gambar je pun da rse teruja. Inilah Dia ciptaan Allah. Kalau kawan2 nak tau ni la die PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU. Ada sape2 x nak bawa cinta ranie pergi free.hehe...

Untuk pengetahuan kawan2, pulau ni terdiri daripada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Selain itu, pulau ini memiliki pantai yg cantik, di tanami pohon2 kelapa, air laut yg biru, pasir putih dan keindahan yang indah.

Scuba diving, snorkeling, berenang merupakan kegiatan pelancongan paling popular di sini. terdapat aktiviti lain bleh dilakukan seperti camping, canoeing, fishing, jungle trekking & banana boat.

Apa yang menarik juga di sini pulau ini merupakan tempat persinggahan penyu (ratusan sarang). Sungguh menarik kn kawan2. Ingin tahu lagi layari www.pulauperhentian.com.my


Friday, March 26, 2010

Minat Camp?

0 comments


Teluk Segadas,Pangkor-Adventure Camp..mungkin ada rakan2 yang baru pertama kali dgr tempat ini. Teluk Segadas merupakan salah satu daripada pantai di Pulau Pangkor.Ia terletak ke selatan pulau tersebut. Lokasinya terpencil dan tiada kemudahan infrastruktur menjadikannya amat sesuai bagi peminat aktiviti outdoor.Ia juga satu tempat perkhemahan yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana. Contohnya: jungle tracking,rappeling,flying fox dan banyak lagi.

Pada tahun ini je,cinta ranie da 2x pergi ke tempat ni bersama rakan2 lain.. Seronok sangat..suasana yang damai sampai lupa akn tugasan yang dberi pada cinta ranie. Bukan tu je, di sana kita akn dapat melihat pasang surut laut. Time laut surut dapat cinta ranie melihat banyak coral dan timun laut di sana. Air yang kelihatan, dapat menengkan fikiran sesiapa saje. Sesiapa yang pertama kali ke sana pasti ingin datang ke semula tempat ini. Selepas ini di harap kpd rakn2 yang melihat blog cinta ranie dpt dtg ke sini. Ingin mengetahui lebih lanjut sila layari:http://segadas.com

Thursday, March 18, 2010

Birunye laut

0 comments


Pasirnya putih, air yang jernih mendorg diri kte untuk ke sana. Memiliki batu karang dan ikan yang hanya beberapa meter dari tepi pantai. Sungguh menyeronokkan. Apatah lg kte dapat melihat dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia 2. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar,Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang ini terletak di perairan Laut China Selatan. Ia merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.

Ingin mengetahui lebih lanjut sila layari:
www.redangisland.com/
 
footer