Friday, March 26, 2010

Minat Camp?



Teluk Segadas,Pangkor-Adventure Camp..mungkin ada rakan2 yang baru pertama kali dgr tempat ini. Teluk Segadas merupakan salah satu daripada pantai di Pulau Pangkor.Ia terletak ke selatan pulau tersebut. Lokasinya terpencil dan tiada kemudahan infrastruktur menjadikannya amat sesuai bagi peminat aktiviti outdoor.Ia juga satu tempat perkhemahan yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana. Contohnya: jungle tracking,rappeling,flying fox dan banyak lagi.

Pada tahun ini je,cinta ranie da 2x pergi ke tempat ni bersama rakan2 lain.. Seronok sangat..suasana yang damai sampai lupa akn tugasan yang dberi pada cinta ranie. Bukan tu je, di sana kita akn dapat melihat pasang surut laut. Time laut surut dapat cinta ranie melihat banyak coral dan timun laut di sana. Air yang kelihatan, dapat menengkan fikiran sesiapa saje. Sesiapa yang pertama kali ke sana pasti ingin datang ke semula tempat ini. Selepas ini di harap kpd rakn2 yang melihat blog cinta ranie dpt dtg ke sini. Ingin mengetahui lebih lanjut sila layari:http://segadas.com

0 comments:

Post a Comment

 
footer